Tiba2 dapat satu idea nak menulis... isunya, macam tajuk kat atas la.. Mungkin coretan ini khas untuk mereka yang sudi membaca, kalau terasa maaflah tapi memang tujuannya untuk bagi orang yang membaca berfikir.. Let start our story dengan suatu cerita..
Ada seorang hamba Allah ni, Aminah namanya. Alhamdulillah, berjaya mendapat pendidikan terbaik sehingga berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Pendidikan agama pun tak kurang hebat, dari sekolah rendah sampai ke menengah hingga foundation pra-u pun ada subjek agama. Sangat beruntung nak dibandingkan dengan orang2 lain. Aminah ni memang baik, akhlak dan sahsiahnya pun sejuk mata memandang. Semua orang suka berdamping dengan dia. maklumlah, pandai ambil hati orang.
Tahun pertama menjejakkan ke universiti, terkejut dia dengan budaya couple yang berleluasa. Azamnya memang taknak menjebakkan diri dalam kancah couple ni. Terngiang2 di telinganya "couple itu haram" ujar ustazah dekat sekolah dulu. Bukannya tak tahu, couple ni muqaddimah kepada zina. Kan Allah dah berfirman: Jangan engkau dekati zina. Zina bukan sekadar buat tut.tut.tut, tapi boleh jadi juga zina mata. dari mata jatuh kehati. bila dah zina hati, mula lah membayangkan macam2.. Mulalah mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang. 24 jam duk sibuk sms dengan si dia.. Lagi bes bila si dia yang tolong kejut bangun solat subuh (ye lah tu, kalau dah gayut kat telefon sampai 2,3 pagi adanya nak bangun subuh-astaghfirullah, nauzubillah). Kadang2 masa solat pun boleh fikir plan nak ajak dia keluar lepas nih... ishk2..
Masuk tahun kedua, tiba2 ramai pulak yang sibuk nak berkenalan dengan si Minah ni. kalau perempuan, memang layan baik cuma kalau lelaki minah akan buat tak tahu je..bertuah badan sebab Allah masih sayangkan si minah ni. Masa ni pun kawan2 selalu bagi nasihat dan sokongan. Pantang ada silap sikit, pasti ada yang akan ingatkan. Kalau masuk waktu, terus bergegas ambil wuduk. Nak jadi seorang yang solat pada awal waktu. Lepas solat siap ngaji. Alhamdulillah, terjaga mutabaah amalnya. Walaupun bukan seorang yang mengikuti usrah atau halaqah mingguan, ada kalanya si minah ni akan menghadiri kuliah2 umum. Sebagai bekalan untuk menguatkan dirinya memandangkan jauh dari keluarga....
p/s- kita sambung cerita ni pada post akan datang... nantikan kesudahannya
klang
10.10p.m
8/11/2010
Arghhh!!! pedih...pedih....
ReplyDelete