Monday, June 13, 2011

SEPANGGIL.com ~part 1

Alhamdulillah.. i would like to continue my story about pre employment course, but i'm thinking... still thinking... thinking again.. hmm, finally i decided to write this post in BAHASA not english as well. why? because i want to share with you guys about "one word".. FRIENDSHIP..this is my sincere post and hopefully you guys can feel it while read this post. If the whole entry in English, i can't deliver my words very well.. this entry will take u'r time, so be prepared..huh..

saya masuk program ni secara tak sengaja.. tetiba rasa nak cari benda utk dibuat time cuti ni. ditakdirkan tercampak dekat company yang bernama SEPANGGIL. ulang suara, SEPANGGIL bukan sepinggan. 

I like SEPANGGIL

Minggu 1
xde perasaan.. layan je semua aktiviti. sume orang pun cam malu2 nak cakap. tapi ada jugak yang kurang malu, asyik dia je bercakap.

Minggu 2
beberapa orang dah lesap.. gugur sebelum habis bertarung. barangkali ada masalah keluarga, takpun peribadi. saya tau ramai sangat yang tension. maklumlah kena speaking dlm bahasa inggeris. memang layan je la. tak pikir susunan ayat dah. yang penting maksud yg nak disampaikan tercapai. kadang2 bila pikir balik mmg lawak. pe taknya bila ayat dalam bahasa melayu translate bulat2 ke english.. sakit2. aku la tu orangnya. huhu, asal orang paham kita nak cakap apa sudey.

Minggu 3
uish makin menarik seyh..aktiviti2 dia, kalah adik2 yang duk tadika. nak suruh present kat depan pun dah kurang rasa malu.. waktu ni jgk masing2 dah bukak perangai yg tak pernah terzahir sebelum nih..

Minggu 4
tetibe rasa sayu sbb dah masuk mggu akhir.. tension pun ada sebab persembahan tuk closing ceremony tak setel lagi.. alih2 kena wat text ucapan utk closing ceremony, pergh mmg malam2 dah macam wat cerapan pulak.. klu tak tidur kul 3 pagi tak sah namanya. g kelas esoknya terhangguk2 mengail ikan. nasibla encik nasir, saya mmg dah tak tahan nak tidur...

nice pic
kawan2 SEPANGGIL, kamu sume memang superb.. terbaek wa cakap. ingat lagi masa mula2 masuk kelas tak yakin pun kita boleh jadi sampai rapat macam harini.. first impression tengok korang memang tak macam korang yang saya kenal hari ni.. semalam masa naik LRT nak g KL Sentral, tetiba bergenang mata. teringat kat korang punya pasal. pagi tu jumpa amoi, nak hantar barang kat dia. dia mmg dah siap nak balik. siap tolong dia angkat barang naik kete lagi. masa tu tak rasa apa2 lagi. pastu g tunggu bas kat belakang library, pakcik bas rapid pulak buat hal.. tetiba ada kancil melintas depan mata. nampak syafiq duk lambai2. pe lagi membalas lambaian la jawabnya. masa ni pun tak rasa apa2 lagi.. turun bas kat stesen u, ni mmg part yg sayu.. tetiba masa duk kat divider tgh jalan, terserempak dgn budak2 yang g sungai gabai.. dengan yakinnya si azie yg ada dalam kereta menjerit "bye sofwah"... kawan2 lain yg duk dlm kete pun duk kecoh2 melambai.. naik LRT, flash back sume memori dgn korang. memang menitik air mata.. nak cover punya pasal buat2 menguap.. kononnya menguap sampai keluar air mata..

1..2..3 action.. terbaikla kamu semua

entry post kali ini memang dibuat khusus untuk staf2 SEPANGGIL.com.. maaf banyak2 kalau ada sesiapa yang terasa hati sepanjang kita berkenalan. i'm not perfect. kadang2 datang jugak perangai nak menyakat orang. kadang2 rasa nak cari gaduh je dengan orang. bak kata wan fik "sof ni mmatoh (suka mematahkan hujah orang bila bercakap)".. sorry la beb, kita kan kawan. harap tak amik hati ye..

buat 5 orang jejaka kelas SEPANGGIL:

Syafiq - tak sangka awak ni memang ada bakat mengarah. berlakon pun boleh tahan hebat. masa first time awak perkenalkan diri kat kelas saya ingat awak ni jenis kecoh2 n suka buat lawak tapi tak sangka bila dah kenal awak ni pendiam n tak banyak cakap.. tak banyak cakap tapi kalau bercakap ayat memang jiwang bunga2 ckit, nampak teratur je ayat. cuba untuk memuaskan hati semua pihak... kalau suruh present lagi nak tak? dan saya tak sangka mak awak sakit.. apa pun saya doakan moga Allah kurniakan kesembuhan buat mak awak. 

fadhli - poyo je lebih.. tapi bila da kenal takdela poyo sangat. memang suka menghentam presentation orang dengan macam2 soalan. paling tak boleh nak duduk diam.ada je keje dia nak wat.. cuma saya tak sangka awak jenis orang yang sukar untuk menyatakan tidak.  tapi awak memang baik. suka belanja kitorang sampai naik segan pulak. dan saya tak sangka awak boleh bagi ceramah kat surau dengan bersemangat sekali. good job, teruskan usaha dan kalau ada peluang ke palestin jgn lupa ceritakan pengalaman kat sana dengan ktorang.

faizul - puan yasmin panggil awak body builder. masa hari first ktorg rata2 terkejut bila awak bagi salam time perkenalkan diri, sakit tengkuk nak dongak sebab tinggi sangat. ingat kan awak ni anak orang cina sebab putih melepak. rupanya memang betul pun ada darah cina faizul kata dia takde kaitan pun dengan orang cina. masa awal2 dulu senyap je duk dalam kelas tapi lepas ela da tarik diri, satu2 perangai awak keluar. kadang2 gelagat awak menjadi penyeri kelas. trade mark yg paling femes "i like... video... ghewang2 (sambil pegang pedang) " nakal betul. nanti ambil cermin, cuba senyum depan cermin pastu tengok mata awak. seronok dapat membina kapal terbang sama2 masa flying high.

wan fik - kecik2 cili padi. di mana ada wan fik, di situ ada gelak ketawa. tapi kalau tetiba awak serius, saya memang takut nak bercakap dengan awak. kalau tak sakat orang memang tak sah. gelaran tan sri memang sesuai dengan awak. saya doakan awak berjaya mendapat gelaran tan sri suatu hari nanti.. kalau ada peluang, sambung la buat master pulak kat sini. loghat kelantan awak memang tak boleh nak buang. tahniah sebab berjaya membolot hadiah untuk permainan susun bangunan. cayala, memang berbakat besar. bila lagi boleh tengok awak bersilat??

norbert a.k.a tom cruise- memang suka menyakat orang. kalau dia takde dalam kelas, kelas jadi sunyi je. boleh jadi kamus bergerak la since u are the most expert in english in our class. first time i nampak u masa kat fakulti ekonomi. masa tu u tanya soalan pada cimb tapi macam nak menghentam cimb je. cayalah, tak sangka dapat satu kelas dengan u..sangat sporting tapi kadang2 macam budak2. i really2 appreciate bila u tolong i, kita sama2 siapkan teks ucapan. tak sangka i dpat buat teks tu dengan bantuan yang lain2 jgak. masa dapat tajuk 2012 utk presentation, kita berjaya buat lain dari yang lain.. superb mr. lawyer, kalau ktorg nak sue orang atau ada masalah melibatkan mahkamah, boleh mintak tolong u kan??

nak tuju lagu boleh?? ni khas untuk warga SEPANGGIL. moga kita berjumpa lagi

buat gadis2 SEPANGGIL.com, saya tak larat nak siapkan post ni. mata dah semakin kecik. mengantuk rasanya. insyaAllah dalam masa yang terdekat ni saya akan sambung entry ni dengan part kedua. pas ni citer2 kiter je pulak.. ok la guys, good nite. have  good dream

13/6/2011
1.00 am
3rd college


No comments:

Post a Comment