hampir dua minggu selepas pre employment program tamat, masih teringat memori bersama kamu semua... dengar khabar yang minta training ngan CIMB mostly dpat.. sape2 yang tak dapat, kita cuba tunggu dengan penuh kesabaran sebab saya
pas ni kita wat reunion la pulak.. rindu dengan gelagat2 anda semua yang riang2 belaka. tempat cdgn untuk reunion ialah kat kenduri kahwin mana2 sepanggilian yang berlansung pada tahun 2013@2014, apa pendapat korang?? dapat makan free, xyah susah2 nak kumpul n keluar duit makan. ada tu yang request nak main galah panjang bila kita reunion nanti. unforgettable memories with all of you.. ok let continue our story about us. inshaAllah this will be da final part. i'll try to finish it coz in da nex post i want to share another story. let start:-
azie - i tau, u tak sabar dengan post sepanggil part 3 kan.. kte mula dengan awak dulu la ye. sungguh, sangat gembira kenal dengan awak. nice girl, suka layan kita berborak. i think all sepanggilian suka berceloteh dengan awak. your trademark yang memang lekat sampai sekarang WAKLUU, sampai ada yang panggil awak wakluu. tiap kali kte tgk citer cinderella, mesti tergelak tgk part awak peace masa tengah pause. penjahak yang dahagakan keamanan.. syg awak balik awal masa enterprenurship hari tuh, klu tak mesti kita dapat berjamuan bersama. really miss da moment in da class coz u like to share sumtin with us.. anyway, hope to see u again in CIMB.. your plan in 5 years yang saya takkan lupa, nak buka butik. siap offer faizul jadi model lg.. guano faizul, terima tak offer azie nih?? gud luck azie. hope to see your boutique in 5 years later.
nadia - sarawakian yang gemar bercakap dlm bahasa sarawak. tapi tak sangka nad bulih kecek klate jgok. payoh nok cari org serawok hok bulih kecek klate. serious, nice to meet you nad. mula2 kenal rasa mcm nad ni garang n tegas tapi bila dah kenal mudah mesra rupanya. everytime bila sy nampak kucing, i'll remember to you; "pusak....(x reti nak ckp sarawak)". today i miss you my dear. di mana ada nadia di situ ada yanie n azie. tahniah la awak nadia sebab dapat opportunity to have a training with CIMB, insyaAllah jumpa nanti.. nak wish gud luck siap2, takut dah takde peluang nak ucap depan awak... nad, nak kerepek satu boleh? ada lagi tak stok kerepek korang? (gurau je)
yanie - tak tau kenapa faizul boleh panggil awak mariam tapi saya panggil awak yanie. mula-mula memang tak mesra dengan yanie sebab yanie ni diam je. kalau dalam kelas, asyik duk sebelah nadia n azie, mmg takde can nak duk sebelah yanie. then bila sepanggil wat latihan untuk performence n masa kita duk masak2 untuk jamuan, barulah boleh nak cakap2 dengan yanie. you are good in cook also good in idea. your 5 years plan, want to have a restaurant. saya tak sabar nak berkunjung ke restoran awak.. kalau nak cari geng buka restoren, boleh roger2 kak ja. dia pun minat sangat nak buka restoran.. jumpa lagi yanie, jaga diri elok2 ye balik KL nanti.
sham - owh my partner, you are so good in acting sebab nampak real watak king yang kamu bawa.. nice to meet you sharmala sebab saya tak ramai kawan berbangsa india.. the first time when i met you, you look so aggressive n ada sikit la nampak garang but when i kenal you betul2, you ni kelakar juga. wavelength kita agak sama, kalau tak takkan kita boleh jadi kawan kan? i suka duduk satu group dengan you coz u like to share your idea. paling susah i nak brainstorm idea masa kita kena buat soalan berkaitan cerita tikus n cheese.. maklumlah, masa tu i demam penat jual burger so i can't stay focus with the session. sham, jumpa nanti ye. all da best n good luck.
aini - ktorang semua suka tengok gaya awak. bila awak bercakap, nampak awak ni matang dan tak kebudak-budakan. you are double left brain right, so we are same. senyap tapi banyak idea, awak memang jenis yang critical thinker. sekali bagi idea memang bernas, kalau tak takdela citer cinderella berakhir mcm tu kan.. actually awak n azie la pembuka idea bila kita semua duk argue dengan encik nasir pasal citer cinderella coz encik nasir want us to apply what have we got from 4 weeks program in our performence. dan saya nak ucap terima kasih banyak2 kerana sudi masuk kumpulan 6 masa entrepreneurship. dapatlah pengalaman kita menjual burger bersama-sama sambil kenal lebih rapat. Good luck aini, saya pun tak tahu bila lagi dapat jumpa awak. insyaAllah kita konvo hari yang sama cuma awak sesi petang, saya sesi pagi. jumpa lagi n all da best =)
mazni - saya akan ingat sampai bila2 sebab awak orang pertama yang tegur saya dalam kelas sepanggil. saya masuk kelas sepanggil dengan tak kenal seorang pun. saya rasa awak ni jenis banyak cakap tapi dah kenal dalam kelas takdela banyak cakap macam norbert (norbert, jangan marah saya gurau je). suka tengok awak bercakap coz you can deliver your word fully in english. awak ni memang bermotivasi tinggi. saya ingat lagi masa main galah panjang, awak main bersungguh-sunguh sampai kaki awak berdarah. kaki berdarah pun still nak main lagi. nice dapat berkenalan dengan awak. walaupun kita tak kenal lama, apa yang saya dapat belajar dari awak ialah semangat. semangat untuk meneruskan sesuatu walau apa cara sekalipun.. Gud luck mazni, all da best. kalau awak bosan, roger2 la i dalam facebook. FOC
fatin - rasa macam selalu terserempak dengan awak n yaya kat fakulti tapi tak pernah nak tegur kte. kira kte ni kawan kepada kawan la kan, sampai la kita berjumpa dalam sepanggil nih. empat tahun duk satu fakulti tak pernah nak kisah kat budak2 jabatan lain. ada hikmahnya masuk sepanggil, dapat kenal dengan awak fatin. ingat lagi masa kita main building block. kte, awak, azie, aini n wanfik satu kumpulan. walaupun masa susun blok kayu tu agak kelam dan kabut sebab hampir jatuh, kumpulan kita menang, dapat makan coklat. masa tu awak memang risau takut kayu tu jatuh sampai wan fik kata "jgn la risau sangat, manager tau nak buat apa". ingat tak ada satu malam kita duk halau tikus. orang lain duk tidur kita duk kejar tikus..anyway jumpa lagi fatin time konvo nanti. all da best dalam bidang yang awak ceburi. saya doakan awak berjaya =)
yaya - ni lagi sorang yang duk satu fakulti dengan saya tapi kita tak pernah bertegur sapa kan. gembira berkenalan dengan awak dalam sepanggil. satu benda yang saya tertunggu-tunggu ialah one word awak. memang lain dari yang lain.. awak ni senyap2 je tapi berjiwa besar. bercita-cita tinggi nak buka yaya mega mall. pas ni boleh lawan KB mall lah.. masa perasmian yaya mega mall, jgn lupa ajak saya. boleh jadi lady bos yang baik nih sebab saya dah rasa bila awak jadi bos masa kita main game ape ntah, mmg baik. ada bakat memimpin yang tak ditonjolkan. yaya, gud luck n all da best. waktu konvo nanti jumpa lagi ye kalau ada rezeki.
amoi - memang tak boleh tahan gelak kalau tengok amoi berlakon. rasa nak gelak besar. watak serius pun boleh nak tergelak. hang memang pandai berlakon la. setanding dengan mr ciderella. teringat lagi masa practice pentomen malam2. setiap kali babak kita, mesti saya nak tergelak dengan watak pawang yang awak bawak, lawak2 memang lawak sampai sham pun tutup mulut tahan gelak masa performance kita harituh. saya suka tengok awk bercakap dalam kelas, ada slang tersendiri n tak malu2 nak share sesuatu. good, keep it with you ok. apa2 pun terima kasih banyak2 amoi. gembira dapat berkenalan dengan awak. selamat maju jaya. tak tahu lagi bila dapat jumpa dengan kamu, maklumlah nun jauh di kepulauan borneo sana. all da best amoi =)
firza - kte tak penah terserempak dengan awak masa kat fakulti walaupun duk bawah satu fakulti. tapi serious, awak ni memang baik. melayan je karenah kte dalam kelas.. tak tahan bila awak kata suka duk tepi kte sebab kte kuat menyakat orang. kalau waktu ngantuk, ada je projek kita kan? terima kasih kasi tumpang naik sang kancil. tak sabar nak jumpa awak lagi. boleh kita tukar2 story dengan kisah yang berlaku selama 3 minggu kita tak bersua. nanti kita konvo hari yang sama kan? awak bagi kte bunga, kita bg awak tedy bear, aci tak? (i gurau je tau). ada rezeki kita jumpa kat CIMB lg. good luck and all da best. hati2 drive balik KL nanti. tak sabar nak nyakat awak lagi.
mimi & wani - twin yang tak boleh dipisahkan. sepanggil telah menemukan kita wahai jiran depan rumah.. sangat2 tak sangka pintu yang betul2 menghadap rumah kte ni adalah rumah korang. rasanya pernah tersermpak ngn wani n mimi sekali je masa nak tunggu bas. dalam sepanggil sy kenal wani dulu sebab ktorang selalu dapat satu group. lepastu baru kenal dengan mimi. wani n mimi boleh tahan hebat berlakon. teringat wani berlakon sketsa tentang interview dalam kelas sampai kena tarik dengan sekuriti pejabat.. ayat dia yang tak boleh tahan, "ma'am, what do you think about me?".."you are so nerveous"-ma'am.."not ma'am, i'm not nervous", boleh pulak bergaduh dengan ma'am besar masa duk interview. pastu boleh pulak dia melawan bos syafiq yang garang tuh.. mimi pula wat lawak masa scene kacau princess dalam pentomen, habis pipi puteri dicubitnya. comel ble tengok wani n mimi "gaduh" dalam kelas. sorang duk marah kakak, sorang lagi duk marah adik.. beg dengan kasut dah la sama jenis tinggal lagi baju je tak sama kalau tak mesti semua orang pun abis bertukar mana satu mimi mana satu wani. tapi kalau korang takde mesti rasa sunyi, kalau tak caye cuba tanya faizul. terima kasih mimi n wani sebab sudi menjadi kawan saya. all the best for both of you twin. mimi, kalau dah keluar kad kawen jangan lupa ajak sepanggilian ye. miss you twin. good luck n hope to see you again =)
ila, ela, fatimah, rohaya, chu'ah dan sesiapa yang pernah berada dalam sepanggil, nice to meet you. maaf lah, x sempat nak kenal korang betul2. ada yang tak tersebut namanya dalam post nih harap maaf..
sebelum saya mengundur diri, sepuluh jari saya susun mohon maaf kepada semua teman2 yang saya nukilkan ceritera2 mereka dalam post SEPANGGIL.com.. bukan niat mengaibkan atau memburukkan anda andai ada yang tak selesa dengan tulisan ini tapi ini adalah satu catatan n coretan buat sepanggil. inilah kisah sepanggil yang tiada kesudahannya. inilah kenangan kita, andai dibuka catatan ini pasti anda akan terbayang keseronokkan, kepayahan, kebudak2kan dan segala nostalgia yang kita alami bersama. tiada barang atau kenangan yang mampu saya utuskan buat kalian semua tapi coretan ini lah yang paling bermakna buat saya untuk anda.
andai ada antara kita yang pergi dulu, saling doa2kan lah antara satu sama lain. andai ada yang berkahwin dulu, hulur2 la kad kawen tuh. kalau tak sempat nak post, tag dalam facebook pun takpe.. jangan ada yang menyepi tanpa khabar berita. aktif2 kanlah diri anda berkongsi khabar. ada rezeki, insyaAllah 3 tahun lagi kita berjumpa untuk reunion. kalau rasa rindu nak mengenang kenangan lama, rajin2la memabaca post SEPANGGIL.com part1, part2..saya sangat gembira dapat berkenalan dengan anda semua. yang mana selalu kena sakat dengan saya, saya minta maaf banyak2. saya memang nakal n suka menyakat orang.
untuk kawan2 saya semua, saya sentiasa titipkan doa buat kalian. moga berjaya dalam hidup, menjadi insan berguna. nilai yang paling besar saya belajar dalam SEPANGGIL, hargai IBU n AYAH kita selagi mereka masih ada.. terima kasih wan fik, aini n syafiq kerana berkongsi cerita saat2 sukar kerana kehilangan orang yang tersayang, termasuk faizul n twin, mgkin kamu semua pernah melalui saat yang sukar tapi disebalik kesukaran itu terselitnya kesenangan yang kadangkala tidak kita ketahui.. keep contact n salam sayang buat sepanggilian...
akhir kalam.."kan ku utus salam ingatanku dalam doa kudusku sepanjang waktu. moga berjaya dunia dan akhirat"...
"ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga
meskipun kini kita berpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu,
menjadi memori kau dan aku"
pantai permai
28/6/2011
12:24 pm
No comments:
Post a Comment