Saturday, March 27, 2010

Jaulah ke negeri Cik Siti Wan Kembang

Alhamdulillah, hujung minggu lepas si semut berpeluang menyertai Jaulah ke Kelantan. Ikut rasa hati memang berat pada mulanya nak bejaulah.. Maklumlah, exam pun dah tak lama. Minggu depannya pula ada dua test, subjek optik dan statistik. Nak harap skor masa exam, belum tentu dapat baik. Masa ni lah nak perbiki continuous assesment.. Tiba2 teringat kat anak usrah. Kalau dia boleh pergi kenapa pula aku tak boleh pergi?? Akhirnya Allah permudahkan urusan dan jumaat malam si semut n beberapa orang peserta jaulah bertolak dari UM.

Kali ni memang ramai kenalan baru.. Ada dari Cenfos PJ, UiTM Shah Alam, Taylor's College dan tak ketinggalan adik2 lepasan SPM yang masih menunggu tempat ke institut pengajian. Sampai tempat penginapan, hati si semut tiba2 rasa macam duduk kat kampung (rumah nenek) bertambah2 lagi bila dengar ayam berkokok.. Maklumlah, duduk kat tengah2 bandar Kuala Lumpur, memang tiada peluang nak dengar ayam berkokok... Jaulah kali ni memang tak sempat nak curi masa ziarah nenek sebab program yang diatur cukup padat..

Lepas sarapan pagi, kami semua ke Kota Bharu.. Main explore race.. Tak de ape yang diexplore.. Pendek cerita most of peserta menyelesaikan soalan explore race dengan cara mudah iaitu search kat internet.. Sempat la si semut n da geng masuk dalam muzium di raja untuk meyelesaikan soalan wlaupun sudah pasti dalam muzium tiada jawapan yang berkenaan.. Seumur hidup berulang alik ke kota bharu bila balik kampung, ni lah kali pertama si semut jejak kaki ke dalam muzium di kota bharu.. Betul2 dapat penglaman baru. Selepas menyelesaikan soalan, kami semua ke pasar siti khadijah. si semut tak de lah membeli sangat cuma meronda je.. But one thing yag si semut nak cari ialah "etok".. Lama dah tak makan etok nih. si semut beli 2 ringgit then dalam bas bagi pada yang tak pernah tengok rasa untuk cuba etok..My friends: kak ja, kak ary n hajar rasa dengan bersungguh2.. katanya sedap. Lupa pula nak kongsi, etok tu seakan2 kerang n lala, but of course bukan kerang..hihi.. Hasil permainan explore race, kami dapat kenal tokoh2 pejuang di Kelantan. Tok Janggut n tok Kenali mesti semua dah biasa dengar tapi majoriti daipada peserta, first time dengar kisah tok Slehong n Tok Pulai Condong.. Ni lah antara tokoh2 yang memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan agama di kelantan suatu masa dulu.. Nak tahu lebih lanjut maybe boleh search kot.

Petang tu berpeluang menziarahi ust Mat di Tumpat.. Alhamdulillah, disajikan degan makan tengah hari yang simple tapi enak.. Terngiang2 tazkirah ust Mat tentang jaulah. Kenapa agaknya kita berjaulah?? Semestinya kerana Allah. Bila kita berjaulah, sebenarnya kita dapat menghilangkan stress. selain itu, membina ukhuwah apabila kita berkenalan dengan orang baru di tempat baru.. Ust kaitkan dengan imam syafie dan kisah abbas assisiy.. dimana apabila mereka bermusafir, pasi mereka akan berkanalan dengan orang baru dan menjalankan tanggungjawab dakwah itu.. But satu yang terkesan dan si semut tak teringat sebelum bermusafir, ust mat mengingatkan bahawa doa orang yang bermusafir mudah dimakbulkan Allah. Lepastu semua pakat baca doa masing2..

Dikesempatan jaulah ni juga kami berpeluang ke Pengkalan Kubor. Dapat tengok Thailand depan mata.. Rupa2nya, sungai golok yang memisahkan kelantan dengan negara thai tak delah lebar sngat..lebih kurang mcam sungai klang. Dekat pengkalan kubor ni, masing2 dah penat.. so pusing beberapa kedai sambil cuci mata.

Malam tu kami semua dijamu di rumah cgu zul+kak chah.. Lepas makan ada sesi perkongsian dengan thullab kelantan.. Banyak yang mereka share kan dengan kami..Perkongsian2 menarik daripada kakak2 di sana menyedarkan si semut sebenarnya tugas sebagai daie sememangnya mencabar.. nak thabat dan nak tarik orang untuk berprogram bukannya boleh buat ikut suka. Apa yang penting perancangan supaya gerak kerja lebih tersusun.

Sbelum pulang, sempat kami bersolat subah di masjid berimamkan tok guru nik aziz.. Bila tngok tok guru yang semakin uzur, mula terbayang orang2 muda di luar sana. berapa ramai yang mengunjungi masjid terutamanya waktu subuh. si semut takdelah fanatik dengan tok guru tapi banyak perkara yang boleh dicontohi terutamanya sifat humble yang ada pada tok guru.. Teringat masa arwah pak cik sisemut meninggal 6 thn lepas, tok guru ada datang ziarah keluarga kami. Dari situ sebenarnya si smut dah dapat nilai bagaimana ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Siap kemas2 barang lepas solat subuh, kami menuju ke pantai cahaya bulan (PCB).. Sarapan pergh, sume dpt rasa penangan nasi kerabu + ayam bakar dekat PCB.. selesai sarapan, peserta yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan sejak awal lagi mula bersedia untuk memulakan sesi debat ala parlimen.. Tup2 si semut n delegasi2 karisma um semua masuk debat tapi kami 4 orang semua berlainan kumpulan.. Alih si semut berlawan dengn anak usrah sendiri ketika berdebat..Tajuknya boleh tahan jugak susah.. "budaya internet menghakis pemikiran kritis". Tak ku sangka anak usrah ku hebat berdebat.. terdiam si semut tengok dia berhujah. Alhamdulillh, walaupun tak lancar dan tersasul2, kumpulan si semut menang dan bertanding untuk sesi kedua.. mungkin rezeki kumpuln si semut yang memegang status pembangkang, tajuk kedua yang lagi mencabar pun kami menang dengan tipis.. lagi mencbar kena berdebat dalam bas..Tajuknya "daya cipta dipupuk, bukan semulajadi".. juri hakim kata barisan kerajaan dan pembangkang tidak memahami tajuk debat dengan baik menyebabkan ada sedikit sukar mencari pemenang.. Apapun kami dah menang.. Memang rezeki pertandingan debat jatuh kepada tangan pembangkang..

Apapun itulah sedikit perkonsian daripada jaulah si semut ke kelantan. banyak suka duka ketika jaulah yang dihdapi si semut bersama ahli kumpulan yang mana 100% adalah sahabat yang si semut baru kenal. Moga pertemuan dan perpisahan kita adalah semata2 kerana Allah.

si semut kepilkan gambar2 sepanjang jaulah khas untuk yang tak dapat berjaulah bersama






Friday, March 19, 2010

Hmmm..

Sebenarnya si semut tak tahu nak bagi title apa untuk post kali ini, jadi tak nak fikir panjang..Hmmm, baru2 ni berlansung physics night bertempat di jabatan fizik,UM.. Alhamdulillah, mencapai sasaran kehadiran dan kali ni baru si semut kenal beberapa orang junior terutamanya junior first year..

Apapun tahniah kepada semua pelaksana yang bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis berjalan dengan baik. Sebenarnya bila ada majlis macam ni secara tak lansung dapat kenal dengan kawan2 yang satu batch. Sebelum ni harap duk kelas sekali tapi jarang nak bercakap. Maklumlah, si semut bukan yang pandai bercakap dan bergurau dengan semua.. May be sebab tu kurang rapat terutamanya dengan kawan lelaki satu batch.. Kalau kawan2 yang berlainan course kata, mostly student perempuan yang mendominasi course mereka tapi berlainan kot dengan situasi si semut..Sebesar-besar jabatan fizik kat UM, kami satu batch ni lebih kurang 50 orang sahaja. Adik2 batch bawah lagi sikit. Bilangan pelajar seimbang, lebih kurang separuh pelajar lelaki n separuh pelajar perempuan..

Nature kat fizik department lebih kurang macam tu lah.. Apa yang bermain di benak kepala si semut sekarang ni adalah macam mana nak jalankan tugas as khalifah. Senang cerita macam mana nak tanam sifat untuk membentuk individu muslim yang benar2 layak digelar muslim kat kawan2 nih. Memang benar jika dibandingkan dengan kawan2 yang belajar satu course dengan kawan2 yang mengikuti tarbiyah. Sangat berbeza.

Si semut selalu cakap dengan anak2 usrah apa yang awak dapat dalam usrah ni bukan totally untuk awak. Samapaikanlah apa yang awak dapat dalam usrah ni kpd kawan2 awak kat luar sana. Kalau tak mampu nak bercakap dengan kawan2 awak kat luar tu, mungkin awak boleh tunjuk contoh tauladan yang baik yang boleh mereka contohi. Usrah is not theoretical input semata mata but it more to practical things. Si semut akui bukan semua benda kita dapat dakwah kepada orang dengan bercakap semata2 tetapi si semut perhatikan orang lebih mudah mengikut bila kita tonjolkan sifat n akhlak yang baik.. Sebab orang pun suka dan sejuk hati bila tengok akhlak kawan dia yang baik.

One thing dat i learned when i sit with my coursemate, mereka semua hormat bila si semut duduk sekali dengan mereka. But my frenz always said "sof, bile ko da tak ada masing-masing cakap lepas je" means atas rasa hormat dengan si semut, kawan2 rasa segan nak cakap benda yang bukan2 (mencarut) bila si semut duduk sekali. Mungkin lepas ni kena selalu duduk dengan dorg.. sekurang2 nya dapat jaga mereka dari cakap lepas.

Si semut sayang kawan2 coursemate sebab mereka semua adalah aset yang mana kalau dimanfaatkan sangat berguna untuk islam... Since semua ambil fizik, ilmu fizik jika diadun dengan ilmu kehidupan (islam) insyaAllah banyak manfaatnya.. Kalau kita tengok ilmu sekarang ni pun dah jadi partially (pecah).. Kalau belajar sains, memang totally sains.. Kalau belajar agama pula totally belajar agama. Mungkin hanya segelintir mempunyai minat nak mendalami ilmu secara keseluruhan.. Kalau di jabatan fizik ni (batch si semut) memang setahu si semut tak de lagi yang hafiz/hafizah (hafal quran).. Kalau ada pun beberapa orang yang pernah skolah agama tapi hasil keluaran sekolah agama tidak boleh dijadikan kaya ukur.. Pernah si semut dengar seorang kawan ni perlekehkan bab2 agama. Tersentak dan bertapa sayunya si semut bila melihat gelagat kawan ni.. Mungkin dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan sesuatu tapi secara tidak dsedari dia telah merendahkan diri dia yang telah bersekolah di sekolah agama suatu ketika dahulu.

Apapun tanggungjawab masih banyak. Ya Allah hambamu ini amat lemah disisimu namun kuatkanlah aku untuk berhadapan dengan kawan2 ku ini.. Sekurang2 nya dengan kehadiran akau, aku mampu untuk berkongsi sesuatu dan memperbetulkan sesuatu yang aku patut perbetulkan..

To all my physic frenz tidak terkecuali diri ini, all da best for our final exam. Do well preparation before exam sebab kita dah takde can nak copy macam selalu korang buat bila test. Macam mana nak skor exam kalau test asyik buka buku n copying each other.. And banyak2 lah minta pertolongan dpd Allah sebab dia yang maha memberi. Jangan kita letakkan posisi dekat border line atau berada dalam bawah senarai pemerhatian (pointer bawah 2). Biarlah keberkatan belajar itu ada. Nex year dah nak buat final year project, takkan nak extend lagi setahun kan??

nilah gambar batch si semut dengan beberapa orang lecture yang hadir time physic night


Kenangan physic's night batch 07/08

Sunday, March 14, 2010

- - KGMN - -

KENYATAAN MEDIA SEMPENA KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atas kerjasama seluruh front mahasiswa yang bernaung dibawah SMM akan mengadakan sebuah kongres yang yang dinamakan sebagai Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010. Kongres ini akan dilangsungkan pada 20hb Mac 2010, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Kongres selama sehari ini dianggarkan akan melibatkan hampir 1500 orang aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

Kongres ini menandakan bahawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini kembali sebagai satu wadah gerakan mahasiswa yang tersusun di peringkat nasional. Kongres ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan kembali seluruh kumpulan mahasiswa anak muda dengan dengan satu wadah perjuangan untuk masa depan Malaysia.

Dengan bertemakan “Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”, kongres ini bertujuan menyusun semula struktur gerakan mahasiswa di peringkat nasional serta menyusun semula agenda perjuangan mahasiswa. Kongres ini juga adalah medan pertemuan seluruh aktivis mahasiswa yang terselerak diseluruh negara untuk disatukan dalam usaha membangunkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang kritikal dan progresif.

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia menjemput seluruh aktivis mahasiswa dan sosial, serta NGO tempatan dan luar negara untuk menghadiri yang kongres bersejarah ini. Diharapkan agar kongres ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para aktivis mahasiswa, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

p/s: Jom sama2 kita turun memberi sokongan.

Saturday, March 13, 2010

Adakah Patut??

Lama tak menulis... Tak pe2, hari ni mungkin boleh share dengan semua pembaca about one thing dat happen sewaktu berusrah. But there something "big thing" dat i want to share..

Smalam, as usual ada halaqoh.. Alhamdulillah, terisi juga hati dengan makanan yang sedap2. Kupasan surah al-muzammil daripada ustazah betul2 menusuk. Sayangnya waktu yang almost 2 jam berhalaqoh tu rasa sekejap.. tup2 dah habis. Tertarik dengan intro yang ustazah mulakan. Dia kongsi satu kisah n cerita about orang yang ada masalah jiwa n mental. Most of pesakit jiwa merasakan jiwa mereka kosong. Kosong itu bermakna matinya iman atau berkurangnya iman di dalam diri mereka sehingga ada yang sanggup membunuh diri dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.. Hanya satu jalan yang mampu menghindarkan pesakit2 ini daripada masalah2 yang mereka hadapi ialah dengan IMAN. Sebenarnya kalau kita betul2 faham tujuan hidup kita sudah tentu kebarangkalian untuk menjadi "pesakit" itu sangat rendah. Pengalaman si semut duduk dengan "pesakit", kita memang tak boleh expect apa tindakan yang akan dilakukan.. kadang2 nampak baik, tapi dalamannya berkecamuk. But da best solution ialah menerapkan dalam diri dengan nilai2 iman itu sendiri. How?? Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Selagi dalam diri kita ada sekelumit buruk sangka atau tidak yakin dengan Allah, bermakna iman kita masih bermasalah.. Selalu si semut bagitau dengan anak2 usrah bahawa ujian yang Allah beri kepada kita ada dua.. Sama ada ujian Allah itu sebagai bala'/kafarah atas kesalahan yang telah kita lakukan atau untuk meningkatkan lagi tahap keimanan kita.

Petang semalam after selesai sesi halaqoh dengan ustazah, jumpa dengan anak2 usrah. Macam biasa halaqoh diteruskan lagi tapi kali ini dengan topik lain pula. Tiba2 masa tengah berhalaqoh hujan turun dengan amat lebatnya. Halaqoh still diteruskan memandangkan kami tak terganggu dengan hujan tersebut. 10 minit lepas tu, air masuk dalam bilik dengan lajunya. Alamak, halaqoh tiba2 terhenti sebab semua tergamam. Hanya memandang pada air yang masuk dalam bilik tanpa terlintas nak buat apa2.. Menggunakan kepakaran dan tenaga yang ada, mula2 letak surat khabar. sebab hujan memang sangat lebat, surat khabar tu tak bagi apa2 effect jadi kami pegi explore cari barang2 yang makcik cleaner guna untuk mencuci. Jumpa penolak air dan penyodok sampah. Mula la kami mencedok air yang masuk dalam bilik. lebih kurang satu baldi besar air masuk ke dalam bilik. Siap mencedok air, sambung balik halaqoh. Kali ni masing2 duduk atas katil sambil mengadap antara satu sama lain. Ujian yang Allah beri pada hari itu mejadi pemanis ukhuwah antara kami sebab after halaqoh n siap solat maghrib berjamaa'ah, kami lagi sekali bersihkan bilik.. Tadi hanya mencedok air tanpa membersihkan, kali ni siram balik dengan air. Wlaupun tuan bilik berkeras kata tak payah bersihkan, tapi mana boleh.. Alang2 dah usrah kat situ, kita bersihkanla sama2. Takkan guna untuk usrah pas tu tinggal je macam tu.

Kita tinggal kisah di atas. Si semut nak buka kisah baru memandangkan ia melibatkan orang yang paling rapat dengan si semut. I will start to story about "big story"..

Alkisahnya di kolej kediaman sahabat si semut ni nak buat dinner kat sebuah hotel.. Tiba2 timbul isu halal di tempat dinner tu dianjurkan. Mungkin atas inisiatif dan kesedaran tentang pentingnya makanan yang membentuk darah daging kita, ada seorang hamba Allah ni telah telefon JAKIM to ask about halalkah hotel tersebut.. Jawapan yang diterima ialah hotel tersebut tidak termasuk dalam senarai hotel yang halal. Tak puas hati search dalam internet pula. Stil tak jumpa juga.. Atas rasa taggungjawab, sahabat ni pun ambil satu tindakan. Asal nya benda kecil je tapi telah diperbesarkan sebab tindakan itu sedikit sebanyak menyebabkan ramai penghuni kolej sedar dengan isu ini. Dipendekkan citer, akhirnya sahabat n da geng ni kena paggil dengan penyelia. Faham2 je la apa yang berlaku. Si semut malas nak ulas panjang.. Di pendekkan cerita masa si semut tengah borak2 dengan sahabat ni tiba2 dia dapat satu call.."..... awak datang pejabat sekarang ye. Ada surat penting". kami berdebar juga. Nak tahu apa yang penting sangat. "....Doakan yang terbaik untuk kita ye", ujar sahabat ni sebelum melangkah ke pejabat. Balik dari pejabat, masing2 berdebar nak tahu apa kandungan surat tu.. Dah agak da.

Rupa2nya itu surat amaran. Antara kandungan dalam surat itu ialah anda dihalang dari menghadiri Malam Anugerah Z*** (MAZ) dan di beri amaran supaya tidk menghalang kelancaran perjalanan MAZ.. But da best point is RM100++ duit anda akan dikreditkan semula kedalam akaun anda. The result is sahabat n da geng tak dapat ke MAZ but duit mereka dipulangkan.. And of course nama dah kena black list n sure nex sem tak dapat dok kolej.. Si semut dah cop awal2 sahabat ni masuk rumah akhawat K-UM.. Yang tak pegi MAZ malam tu semua jeles dengan dorang sebab duit dipulangkan. Sampai ada yag kata rugi saya tak buat cam akak.

Actually da moral dat i want to share is eventhough dah tahu hotel itu ada status meragukan, still MAZ dilansngkn di sana. Antara kriteria2 nak pilih tempat tu ialah
murah dan dekat supaya kos tak keluar banyak.. I dun't know about status halal hotel itu becoz ajk MAZ telah menunjukkan satu surat daripada hotel but info yang si semut dapat ialah tu bukan surat certification halal but surat yang menunjukkan pihak hotel telah membuat permohonan untuk mendapatkan status halal.. What ever happend, kamu fikir la sendiri.. Si semut suka pandang dari view ajk2 MAZ pula. Ada seorang kawan ni gtau "korang senang je.. Minta nak kat sana n sini. Demand itu ini. Kata macam2 tapi korang tak tau kitorang ni susah tau nak cari tempat. Macam macam kena cnsider n wat pilihan yang terbaik. Sume asyik komen mcm2", ujar kawan ni.. Mungkin mereka pun dah buat yang terbaik. Tapi satu benda yang si semut nak tegaskan, kita carilah tempat yang halal. Klu betul hotel tu halal, tiada halangan untuk makan di sana tapi kalau ragu2, lebih baik kita cari tempat lain. Jadikan kos itu perkara no 2 sebab klu makanan haram bila dah jadi darah daging akan lekat kat badan.. Bukannya boleh kikis.. Duit boleh dicari tapi darah daging yang haram akn lekat sampai bila2.

Apa pun suka si semut share dengan semua sebuah hadis...."yang halal itu jelas halal dan yang haram itu jelas keharamannya.. Tetapi antara keduanya terdapat perkara yang kesamaran (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Maka barang siapa yang memelihara dirinya daripada segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara baginya agamanya dan kehormatannya. Dan barang siapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhla ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan . Hampir sangat (ternakkannya) makan didalamnya.. Ketahuilah bahawa bagi tiap2 raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya.. Ketahuilah! ingatlah yang di katakan itu ialah hati"..[riwayat bukhari n Muslim]- hadis no 6 dalam buku hadis 40 karangan Imam Nawawi..

Entri ni bukan bertujuan merendahkan atau menghina sesiapa, tapi mari sama2 kita fikirkan yang terbaik. Walau apa pun yang berlaku mudah2an Allah beri kita yang terbaik. Berlapang dadalah dalam segala hal tapi jangan berkompromi jika sesuatu itu melibatkan halal haram dan menghina islam.. Dan yang paling penting yakinlah dengan segala tindakan kita moga2 Allah menilai perbuatan kita itu sebagai perbuatan yang baik.. Si semut tahu dua2 pihak (sahabat ni n ajk MAZ) dah wat yang terbaik.
Anda sebagai pembaca nilai sendiri.

p/s: cuti sekolah dah bermula tapi si semut tak cuti.

Tuesday, March 9, 2010

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang??

Minggu lepas si semut beratur nak naik bas.. Alhamdulillah, cuba nak jadikan amalan sebab si semut sangat tak suka tengok orang berebut naik bas. Kalau betul betul nak berebut, silakan lah naik. Tak kuasa nak berebut sebab dah besar pun. Bukannya budak tadika lagi.. Berbalik kepada cerita naik bas, masa tengah beratur tiba2 ada seorang "minah" ni.. Sedap-sedap dia cross depan orang. Excuse me, orang lain pun beratur, cubalah hormat. Tapi malangnya perkataan tu hanya terlintas dalam hati, tak tergamak nak luahkan. Mungkin si semut rasa hormat kat "minah" ni sebab bertudang labuh, siap berpurdah.. Tak pe2, rezeki dia dapat naik bas dulu..

Kadang2 rasa geram juga sebab kebanyakkan yang suka tolak n berebut naik bas "akak2 yang bertudung labuh".. Tak pasti apa sebabnya tapi bagi si semut, kalau nak naik janganlah tolak2 orang. Mungkin takut kena tinggal dengan bas. Maklumlah kalau naik shuttle UM ke Patai Dalam memang selalu full.. Kalau penuh, yang naik lambat tu of course kena tinggal bila kapasiti bas dah melebihi muatan.. eh silap, muatan melebihi kapasiti..

Kalau naik bas rapid pula, berebut dengan makcik2 warga indonesia yang mostly jadi cleaner kat UM. Ni satu hal lagi, rempuhan mereka memang sangat dahsyat. Kalah student2 punya rempuhan. Mungkin mereka fikir bas rapid kat malaysia macam bas kat indonesia.. Teringat housemate si semut pernah cerita suatu hari masa dia tengah tunggu bas rapid depan fakulti kejuruteraan, tiba2 bas rapid pun datang.. Bas ni memang berhenti betul2 depan kawan ni. Tak semena2 nya datang beberapa orang pekerja warga indonesia berebut2 nak naik bas dulu.. Kawan ni tak nak mengalah sebab memang sepatutnya dia yang naik bas dulu. Tapi atas sebab sangat geram dan niat nak mengajar makcik2 ni hormat orang yang dah menunggu lama n beratur, dia letak dua2 tangan dia depan pintu bas. Then dia berdiri kat luar dalam keadaan dua2 tangan dia berpaut pada pemegang kat pintu bas. Yang besnya dia pegun dalam posisi tu lebihkurang 2-3 minit.. Pakcik bas tu siap gelak2 lagi.. Tak lama lepas tu makcik2 ni pun kata, eh kita bagila budak skolah (universiti) naik dulu.. Tahu pun.. Ishk2, kesian kat orang ynag dah tunggu lama...

Lagi satu sifat 'malaysian' espeacially yang masih muda.. Bila naik public transpot jarang yang si semut jumpa nak bagi tempat duduk kepada yang lebih berhak terutamanya yang lagi tua.. Mungkin malas nak berdiri.. Tak pun sebab dah naik dulu, takkan nak bagi kat pakcik makcik tu duduk.. Penat2 berebut naik bas awal sebab nak cop tempat duduk tiba2 kena bagi seat kat orang.. Hmm, apa nak jadi dengan orang muda zaman sekarang??

Kalau fikir dalam, ni lah masanya nak apply tazkirah yang selalu kita dengar dalam kehidupan..Rasanya dalam usrah pun banyak kupas tentang adab.

Kita selalu dengar orang cakap pasal sabar tapi bila berhadapan dengan realiti, mampukah kita menjadi seorang yang sabar?
Kita dididik supaya sentiasa mengutamakan orang lain tapi realitinya adakah kita mengutamakan orang lain bila kita berada dalam kesenangan?
Dulu masa sekolah rendah cikgu selalu cakap kalau nak naik bas beratur dulu, tapi sekarang ni kita beratur tak bila nak naik bas?

Sebenarnya inilah tarbiyah.. Suasana sebegini boleh dijadikan penanda aras adakah kita benar2 mengaplikasikan apa yang telah kita perolehi sebelum ini.. Setakat cakap tak jadi kerja, jadi kita pun kena mulakan dengan diri kita dulu.. anggaplah berhadapan dengan golongan yang tak tahu sabar itu sebagai ujian. Kalau dengan golongan macam ni pun tak dapat nak menahan sabar, jangan mimpilah nak cari mad'uu yang lagi hebat..

Apapun post ni ditujukan khas buat si semut.. Sebagai renungan bersama n untuk penambahbaikkan diri sendiri pada masa akan datang insyaAllah.

Wednesday, March 3, 2010

Ini Peranan Kita...{IPK}...

Before masuk tidur, suka si semut share dengan semua apa yang si semut dapat masa pergi daurah IPK. Walaupun dah berlalu hampir seminggu, tapi dah janji nak share dlm post yang lepas. Takut2 lupa nak share dengan semua, nanti janji tinggal janji.

IPK stand for Ini Peranan Kita.. Lanjutan daripada daurah ISK (Ini Sejarah Kita). Mungkin boleh check post si semut pada bulan januari, ada si semut cerita serba sikit pasal ISK.. Back to our topic, sebelum bercerita lebih panjang kita sepatutnya tahu apa tujuan hidup kita. Adakah kita semata2 nak berjaya menggenggam ijazah, atau berjaya mendapatkan harta pangkat dan kedudukan yang tinggi, atau nak kahwin then nak bina keluarga bahagia? OK lah, kali ni si semut tak nak share dengan cara provokasi. Jom ambil quran n kita sama2 cari dalil apa tujuan penciptaan manusia. Check dalam surah al-baqarah ayat 30, Allah telah berkata kpd para malaikat "sesengguhnya AKU nak ciptakan khalifah kat muka bumi ni....surah yang kedua ialah ad-dzariyat ayat 56 yang mana Allah berfirman "Tidak aku jadikan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadah kepada KU".. Kedua-dua ayat tadi jelas menunjukkan bahawa tujaun hidup manusia ada dua iaitu sebagai Khalifah yang memakmurkan muka bumi ini dan menjadi hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Pernah dengar tak tentang Maratibul amal?? Apa kebendanya ye tu? Kalau diterjemahkan daripada Arab ke Melayu maksudnye tingkatan/ susunan perbuatan atau lebih senang kita cakap tangga amal (macam pelik pula bunyinya bila dimelayukan by word). Jom kita tengok susunan maratibul amal
1) Individu Muslim
2) Keluarga Muslim
3) Masyarakat Muslim
4) Daulah Islam (negara islam)
5) Kerajaan Islam
6) Empayar Islam
7) Ustaziatul Alam
Actually sebelum nak bentuk suasana atau persekitaran yang baik, ia harus dimulakan dengan diri kita dulu. Sebab tu individu muslim berada di tangga pertama. Macam mana nak bentuk individu muslim?? Ingat tak 10 muwassofat yang pernah si semut post sebelum nih? cara yang paling senang nak bentuk individu muslim adalah berdasarkan 10 muwassofat tarbiyyah (check post yang lepas). Kalau rasa memang dah complete 10 ciri2 peribadi muslim pada diri anda, tahniah si semut ucapkan. Memang anda dah berjaya jadi individu muslim. Bila individu2 telah terbentuk dengan baik, maka secara fitrahnya semua akan mempunyai pasangan hidup. So, secara tidak lansung akan membentuk keluarga. Dengan ciri2 dan peribadi muslim yang ada pada seseorang , insyaAllah keluarga muslim akan terbentuk sehinggalah membawa kepada ustaziatul alam bila mana ketika ini seluruh alam berada dalam sistem islam (mengamalkan islam secara keseluruhan)...

Si semut nak lontarkan satu persoalan, antara doktor muslim dan muslim yang doktor yang mana satu menjadi pilihan anda? Adakah anda selesa menjadi seorang doktor yang sememangnya mengamalkan islam atau anda ialah seorang muslim yang secara sampingannya menceburi bidang kedoktoran disebabkan tanggungjawab untuk menceburi bidang tersebut? Jawapan terletak pada diri masing2 tapi kita kena berbalik kepada tujuan asal penciptaan kita. As khalifah, kita diberi amanah besar untuk menyeru manusia supaya mentaati Allah dengan mlaksanakan apa yang telah Allah perintahkan dan meninggalkan yang mana Allah tegah (means kita berda'wah kepada orang).. Jadi pilihan kita sepatutnya ialah menjadi muslim yang menjalankan tanggungjawab untuk berda'wah kepada yang lain.

Masih ingat lagikah post si semut yang lepas about da'wah vs study? yang manakah lagi utama?? sebenarnya tiada istilah yang mana lebih utama. Kita perhalusi sikit ye bab nih. Actually study is one of the method atau alat untuk kita menyampaikan da'wah tapi bukan kita study untuk dakwah semata2 sebab most subjek yang kita ambil kat universiti lansung tak berkaitan dengan da'wah (eg: subjek sains, ekonomi, pengajian melayu). Jadi harap semua jelas bahawa antara study dan da'wah apa kaitannya dan yg mana adalah yang pokok. Mulai saat ni jom kita perbaharui niat kita bila belajar. Kalau dulu kita niat mudah2an apa yang aku pelajari ni dapat membantu da'wah, sekarang kita tukar kepada mudah2an dakwah ini dapat aku sampaikan kepada orang lain apabila aku belajar. Jadi gunakan ruang yang ada untuk kita menyampaikan dan menyeru kepada yang lain terutamanya bila kita belajar. Yang paling asas jangan disebabkan da'wah, pelajaran kita terkorban kerana perbuatan itu telah mencalit kredibiliti seorang penda'wah.. Bila imej kita dah tercalar, orang lain susah untuk menerima apa yang kita sampaikan dan secara tak lansung membawa fitnah kepada agama itu sendiri.. Jadi pelajaran juga amat penting utuk kita jaga supaya reputasi sebagai pendakwah tidak jatuh.

Siapakah pendakwah? Kita adalah pendakwah kerana semestinya kita perlu menyampaikan kepada yang manusia lain atau saling mengingati. ye lah, kalau kita tengok dalam dunia sekarang terutamanya kat malaysia ni ramai je orang mengaku islam.. Kat skolah2 siap ajar mata pelajaran pendidikan islam tapi bila suruh amalkan dalam kehidupan taknak pula. siap bagi banyak alasan. Si semut sendiri pernah berbicara dengan orang free hair about aurat. belum sempat si semut explain, si kawan ni dah explain habih. She said that she know all about aurat, hukum haram mendedahkan aurat n batas2 aurat tapi buat masa ni dia kata belum terbuka hati nak tutup aurat sempurna. Berdebat dengan dia tak memberikan apa2 penyelesaian. Mungkin dengan kata2 nasihat yang menyenangkan hati dia dan menunjukkan contoh tauladan yang baik dari kita sendiri akan memberi suatu impak yang positif kepada dia. Mungkin juga doa kita akan menjadi kunci kepada pintu hidayah dan taufeq yang akan Allah beri kepada dia. Wallahu'alam, sama2lah kita doakan kawan2 dan sahabat2 kita yang lain mudah-mudahan akan berada dalam naungan dan limpahan kasih sayang serta taufeq Allah selamanya..

jom kita tengok sikit apa yang si semut salin dalam buku sepanjang daurah IPK dijalankan






ni pula delegasi dari KARISMA UM.. Yang balik awal tak dapat masuk dalam gambar ^-^


Ok la sampai sini saja post untuk kali ni.. tunggu post seterusnya ye....