Thursday, April 28, 2011

Motivate yourselF


Mencari motivasi belajar untuk hari ini....
Arghhh, di mana chek mek kerajinan ini bersembunyi


opps, saya bukan seorang kaunselor


tapi sedang mencari langkah2 yang perlu untuk persediaan di waktu yang terakhir ni

tiba2 terjumpa step ni... terBAEKla wa cakap sama lu
sesuai utk semua golongan


you can do it!!!


cuba tengok semut nih.. semangat berpasukan yang tinggi
jangan sampai terminum air semut sudahla


Mungkin ini yang saya cari

Perbetulkan niat belajar supaya sentiasa diredhaiNYA



incik setan yang akan sentiasa menggoda

Mungkin ini juga perlu sentiasa dilakukan
tahajjud,hajat,dhuha,taubat,rowatib,witir, yang paling penting yang wajib 5 kali sehari


banyak makan buah2an dan sayur2ran
...........
dan ini juga perlu diambil


eh, silap...
sepatutnya yang ini

original honey
kismis sebagai snek

tapi saya tak nak jadi pelajar yang macam ni


Sebab itulah kena mula dengan doa ini


GooD LucK semua..


moga Allah memberkati ilmu yang kita peroleh

~mode: mengantuk..

28/4/2011
9.28 am
Iman Villa

Friday, April 22, 2011

Thank You very Much and all Da BeSt

yay yay... my sweet home, i'm back now.. sehari di rumah tak banyak kerja yang jalan (melainkan hapdet blog). serious penat siapkan assignment waktu study week nih sampai lansung tak ingat nak study utk exam.. arghhh, x mau exam lagi. mau belajar lagi. mau jadi undergrad student sampai puas.. tak sangka bertapa cepat masa berlalu. pejam celik dua hari lagi um akan start exam.. Alhamdulillah, paper start second week, so ada seminggu lagi untuk study week..

i took 4 exam subject and final year project for this sem.. only four but really hope it will improve my cgpa before become a graduate student..untuk semua lecture yang pernah mengajar saya sepanjang di UM, terima kasih banyak2. saya memang tak dapat nak balas jasa kalian.. hanya titipan doa buat kalian yang mampu saya kirimkan setiap hari.. Terima kasih and thank you very much to dr JoJo, u was a great teacher and made me interested with nuclear physic and elementary particle subject.. serious, u are very nice and i like to chat with you although sometime my language was da problem. Dr malik, u also very nice person. sometime we didnt do our work as well as we can because lack of time to do it.. all of us busy with our final year project and do not have enough time to study material science subject. great thanx to dr rustam and dr zuhdi for all knowledge dat u give to me..and Prof Zambri, i will miss you becoz u are da most lover and nice supervisor i've met. everytime i look at telescope picture, i will remember to you.. i really appreciate all of you, my lecturer..

my important date:-
2/5/2011- submit report for final year project (thesis)
3/5/2011, DTC, 11.30 am- material science paper
4/5/2011, BP, 8.30 am-solid state physic paper
9/5/2011, BP, 8.30 am-elementary particle physic paper
10/5/2011, BP-religion and environment paper

Starting for today, this is my routine to prepare myself for final exam..
5.00 am-wake up, subuh, mathurat, recite AQ
7.00 am-house work (washing cloth, sweeping, tiding da whole house)
8.30 am-bath, dhuha
9.00 am-writing process/studying
11.30 am-rest (watching tv), cooking, lunch, zuhur
2.00 pm-continue writing/studying
4.30 pm-asar, watching tv, riadhah
7.00 pm-bath, maghrib, mathurat, reciting AQ, watch news, isyak
9.00 pm-studying
11.00 pm-free activity, sleep

apa pun yang atas ni jadual yang paling ideal utk saya.. hopefully 85% boleh diikuti dengan jayanya.. dan cabaran yang paling besar untuk saya adalah televisyen yang ber inci-inci dekat rumah nih..
kepada kawan2 yang bakal menduduki exam tak lama lagi, harapnya bersedia sebaiknya sebelum melangkah ke dewan exam..

banyak lah memohon kepada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana Allah akan memberi yang terbaik bergantung kepada sangkaan kita kepada NYA.. Jika kita yakin dengan pertolonganNYA, insyaAllah itu lah yang kita akan dapat tapi jika kita ragu2 dengan pertolongannya, muhasabah lah diri sebaiknya. Apapun all da best kepada semua khususnya warga Iman Villa, usrati mahboobah, ikhwah wa akhowati and all my cousremate.. All da best and good luck.. man JADDA WAJADA..

(^-^)

22/5/2011
5.27 pm
port klang

Wednesday, April 20, 2011

Kepada Daie, untuk Daie

Selamat pagi.. kita mulakan hari ini dengan ceria mudah2an rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita.. Sedar tak sedar hampir 4 tahun menuntut di UM dan tiba saatnya tuk menamatkan pengajian semester ini.. Sedih mode- rasa nak belajar lagi. Rupanya study ni sangat seronok.

Banyak suka duka yang dilalui.. Tak dinafikan mengalami kejutan budaya bila mula2 melangkah ke universiti.. Sungguh, sangat berbeza dengan alam persekolahan dan matrikulasi. dan Alhamdulillah Allah buka peluang utk aku melihat realiti umat di luar. Seringkali aku mempertikaikan, kenapa la aku dapat course fizik nih? maklumlah sebelum ni berada di zon selesa ~ biah yang lebih baik, tak de la risau sangat ditambah dengan kawan2 yang saling memperingati bila buat sesuatu yang salah..

Kat mana pun kita jangan pertikaikan kerana keadaan yang kita lalui Allah letakkan sesuai dengan kesanggupan dan kebolehan untuk kita hadapi.. Teringat keluhan seorang ukhti bila mana dia terpaksa membawakan satu watak dalam sebuah teater. "ana takut kalau perasaan malu yang ada pada diri ana ni hilang bila mana ana terpaksa membawa watak yang sebegitu", ya Allah berat sungguh ujian yang KAU berikan pada sahabatku ini..

Wahai para Daie sekalian, kita tidak boleh selamanya berada di zon selesa. Anggaplah perit pahit yang dilalui sekarang merupakan ujian dan tarbiyah Allah. Untuk menguji hambanya, apakah masih berpegang dengan talinya atau mula mencari tali lain.. Biar bagaimana teruk keadaan yang kita lalui, hanya Allah yang mampu mengadili. Buruk kita di mata orang belum tentu buruk di mata Allah kerana NIATlah yang memnentukan segalanya.. Mohonlah kepada Allah, berserah dalam apa jua keadaan dengan usaha yang semaksimum mungkin agar kita digolongkan sebagai hambanya yang SoleH..

iman manusia ada pasang surutnya..Tapi kita mesti pastikan iman kita tak menyurut mendadak, pastikan Hari ini lebih baik dari semalam... Chaiyyookk.

untuk para DAIE,

Kalau kita nak makan sesuatu yang sedap, pastikan masak mengikut aturan dan sukatan yang betul,
Kalau nak bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang jauh, kenalah naik kenderaan,
Kalau nak pandai, kena rajin membaca, mengkaji dan berfikir,
Kalau kita nak rawat masalah umat, pasti dan wajib kita ketahui apa dan punca masalah,
kalau sekadar mengeluh, memang Allah takkan ubah situasi kita,

dan jika kita buang perkataan KALAU, pasti kita akan Berjaya menghadapinya..

oklah, dats all for today..see you on da nex post.nak layan radio IKIM, motivasi bersama dr Muhaya.

20/4/2011
10:13 am
Iman Villa 

Monday, April 18, 2011

ViVa vs ColLoQiuM

Hilang fokus membaca, layan blog la kejap..
Esok ada viva atau mudahnya presentation tuk final year projek... malam ni kena prepare elok2 sebab ditakdirkan dapat panel yang suka bertanya perkara yang kadang2 diluar jangkaan.. Ouchh, habisla saya. Nasib begitu 'menyebelahi' bila kena jadi first presenter.. 

Tadi da tengok my partner present.. Huh, caya la Prof Keshav tanya soalan "how many stars in universe?" punyala si kawan ni belit2 explen.. Then prof was repeated again da same question after he realised dat my frenz didnt answer his question.. lastly, she answered "As i know........................... actually i dont know", boleh pulak si ily ni wat lawak dengan panel tu.. Gawat satu bilik, semua gelak terbahak2. Rupanya panel2 ni semua nya banyak tanya. Kadang2 soalan tak logik atau takde kaitan dengan fokus research final year project. Fatin pulak kena soalan yang betul2 x berkait dengan dia, tentang doppler effect.. Tapi sebab dia da terlepas cakap, makin banyak pulak soalan pasal doppler effect.

Ily, ko memang terbaek la.. Dpt value rest wavelength of balmer series daripada wikipedia tapi cakap dpd NASA database.. mase tu aku da tau ko mesti tengah kekalkan gaya confident kau kan? yang penting value daripada wikipedia tu pu  betul...

Tuk ILY, NABILAH n FATIN, tahniah sebab korang da lepas..at least dah hilang cuak nak berhadapan dengan soalan dpd prof keshav.. NADRAH n LIM, Good LuCk for your presentation tomorrow.. tadi aku dapat mesaj daripada ily yang tengok presentation sesi petang ~ sof, shamim suh aku bgtau ko. dia nak ko paham basic pgg btol2.. Panel killer tuk kte merangkap PA (bapak) aku, Dr Rustam.. Budak2 radioastro petang tadi dah kena ngan dia.. aku tak sanggup nak dengar citer dorang... takut jatuh motivasi..

k la.. dats all for today. sama2 doa moga dia nak tanya soalan2 yang kita expect. Cool je la. yang penting confident.. eh, sok viva ke colloqium??



viva = colloqium = presentation fyp...

18/4/2011
9:12 pm
iman villa

Friday, April 15, 2011

Masa !?!

Sebelum start buat assignment elementary particle, nak mencoret sikit dalam blog ni.. rasa dah lama tak menulis sesuatu yang bersifat ilmiah atau dari buku2 fikrah..Perlukah semua itu?? Semestinya perlu sebab ilmu seperti inilah yang menentukan cara hidup kita..

Jom kita kupas buku Pengurusan Masa Menurut Islam karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi.. Kesemuanya ada 6 Bab tapi baru baca hingga bab 3 itu pun tak habis lagi..Coretan ini sekadar perkongsian utk semua, jom kita enjoy dengan kupasan yang menarik nih..

Bab 1- Perhatian al-Quran dan as-Sunnah terhadap masa
Pendahuluan
-tujuan Allah membezakan antara siang dan malam supaya manusia dapat membahagikan masa yang banyak itu untuk beramal.. Bukti betapa pentingnya masa dapat dilihat dengan lafaz sumpah pada awal ayat dalam beberapa surah antaranya surah al-lail, al-fajr, ad-dhuha, al-'asr.

Syiar-syiar islam dan adab-adabnya meyakinkan nilai masa
-ketika fajar mula terbit terdengar seruan yang menggerakkan manusia yang leka dibuai mimpi untuk bangun menunaikan solat subuh.. solat itu membawa kita menuju kepada kejayaan. Manusia diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia dan ketika itulah diwajibkan untuk menunaikan solat zohor. Begitu juga waktu asar, maghrib dan isyak..Tidak ketinggalan juga solat2 sunat yang lain seperti solat dhuha, rawatib dan nawafil termasuklah solat di penghujung malam.
-sebahagian ulama' menamakan:
Solat fardhu 5 kali sehari = neraca harian
Solat Jumaat = neraca mingguan
Puasa = neraca tahunan
Haji = neraca seumur hidup

Bab 2 - masa & sifat2nya
1)Pantas peredaran
2)Masa yang telah berlalu tidak akan kembali semula
3)Sangat bernilai, tidak boleh dimiliki manusia.
-penyesalan manusia dengan dua keadaan:
*Saat penantian-Ruh dicabut malaikat daripada jasad
*Di Akhirat-tempat pembalasan atas segala amalan yang telah dilakukan baik amal soleh atau kejahatan

Bab 3- Kewajipan seorang muslim terhadap masa
*masa diisi dengan perkara2 berfaedah
*mengisi masa lapang
*melakukan amal kebajikan

ok sampai sini dulu... tak habis baca lagi buku ini..
kita jumpa lagi.

15/4/2011
9.55 pm
Iman Villa

Wednesday, April 13, 2011

FoKus

Alhamdulillah, masih bisa tersenyum di kala kerja2 sedang tersusun kemas untuk diselesaikan.. sedikit sebanyak cuba membuang jauh motivasi2 yang tidak membina supaya SEMANGAT sentiasa MEMBARA untuk siapkan semua kerja. 

cerita menarik untuk hari ini, masa presentation dalam kelas agama dan alam sekitar. Most of group member yang present hari ini dari jabatan fizik. tak taulah kenapa ada dua group ni tersasul ibarat tengah present subjek jabatan fizik..

Group 1 - present tentang tanaman organik.. ada satu part slide menunjukkan gambar tomato. si presenter dengan yakinnya bagitau "there a lot of neutrino in tomato".. ktorang pun apa lagi, gelak habis.. bila masa pulak neutrino masuk dalam tomato.. kalau nak tahu, neutrino nih ialah salah satu dari elementary particle (element yang paling asas dalam pembentukan particle) yang wujud.. . bila budak tu sedar orang semua gelak dia pun tengok kat skrip..rupanya nak bagitau yang "there a lot of nutrient in tomato".. 

Group 2 - present tentang buddha dekat monggolia dlm isu alam sekitar... ada satu part "..... propagate...." ni pun buat kitorang gelak besar.. sebenarnya ayat propagate ni selalu diguna untuk melambangkan cahaya. propagation of light (cahaya merambat lurus)..

moral of story - fokus dengan perkataan yang kita tuturkan semasa presentation.. yang penting confident perlu ada.

ok lah, dah azan maghrib.. 

13/4/2011
7:24 pm
Iman Villa

Sunday, April 10, 2011

Isu Minggu Ini

Alhamdulillah, now at my sweet home.. Rupanya banyak isu2 semasa yang aku lambat update.. dengar2 gitu la tapi tak ambil kisah sangat pun. Jom kita tengok isu2 besar yang berlaku sepanjang minggu nih..

1) Kecoh tentang terdapatnya telur ayam tiruan di pasaran.. Besar lebih kurang sama dengan telur ayam gred A. Yang menariknya telur ni 100 peratus dihasilkan dari bahan2 kimia pada dasarnya merupakan makanan tambahan. Tapi disebabkan menjadi bahan utama dalam membuat telur, bahan2 ini dipercayai mampu mngganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan dalam kadar yang kerap.. Siasatan mendapati kulit telur dihasilkan daripada lilin parafin dan kalsium karbonat, kuning dan putih telur dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.. buat peminat2 telur ayam, anda perlu berhati2 dalam membeli telur terutamanya jika harga telur yang ditawarkan terlalu murah dan tidak mengeluarkan bau serta rasa apabila dimasak..

2) Kematian Pegawai Kastam di pejabat SPRM Kuala Lumpur. Mangsa, Ahmad Sarbani Mohamed berkhidmat di Pejabat Kastam Port Klang dikatakan terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM dan terlantar di gelanggang badminton tingkat 1. Kes ini ala2 kes Teoh Beng Hock yang juga mati akibat terjatuh bangunan ketika menjadi saksi dalam sebuah kes bersama SPRM..

3) Pilihanraya dun sarawak.. Sibuk duk promosi habis2an terutamanya dalam tv.. terkejut juga bila balik rumah, setiap hari mesti ada slot2 yang yang mencritakan tentang sarawak.. tiada masalah tentang hal itu tapi yang kurang best nya, kenapa masa nak pilihanraya baru nak sibuk2 mempromosikan sarawak??

4) Kes video seks yang melibatkan anwar ibrahim (kecoh dari bulan mac lagi).. ini satu hal lagi, nampak sangat kes ini merupakan permainan politik kotor. sepatutnya kes sebegini tidak dibicarakan secara terbuka kerana membuka aib orang.. Tambahan kita tak pasti siapa yang orang yang buat **** tu.. kalau setakat nak menuduh tanpa bukti yang kukuh, islam amat melarang keras. mungkin di dunia boleh lepas tapi di akhirat kelak si pelaku tidak akan terlepas dengan azab Allah yang pedih.

5) Banyak bencana alam yang berlaku..walaupun tsunami di jepun hampir sebulan sudah berakhir, tetapi masih terdapat gegaran2 kecil. belum tegok musibah2 di negara2 lain lagi...

Adakah ini fitnah umat akhir zaman yang dikatakan nabi??
sama2lah kita perbaiki diri.. mudah-mudahan pengakhiran yang baik untuk kita semua.

10/4/2011
11:51 am
Port Klang

Wednesday, April 6, 2011

stress. STRESS.stress. Pressure.TENSION

waktu sempit2 macam ni sempat lagi nak mnulis dalam blog.. apa2 la kan, mungkin penulisan ini menjadi muhasabah terbaik buat diri ini... Saya rasa sangat stress. STRESS.stress. Pressure.TENSION.. assignment,tutorial,presentation,tesis,viva,test kenapa semuanya harus datang di minggu-minggu akhir ini.. dan perkara2 ini juga yang menyebabkan emosi saya kurang stabil. mudah menjadi moody dan bersendiri agar tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak sepatutnya...

itu cerita dulu..

namun kini lihatlah kepada penawarnya. Allah uji kita maknanya kita DIA dekat dengan kita.. Kita lemah di sisiNYA namun Allah kuatkan kita apabila berhadapan dengan manusia. dengan ujian2 ini juga kita boleh nilai diri kita sendiri, sudah di tahap mana kah kita? fikir secara positif untuk mendapat kesan yang positif..
Rawat hati agar kita labih dekat denganNYA. ujian2 ini mampu mengubah kita menjadi lebih baik sekiranya kita golongan yang mengambil pengajaran dari peristiwa2 lepas. perbanyakkanlah amalan mudah2 an kita tergolong bersama orang2 yang sabar. sekecil2 benda yang paling senang ialah berzikir dan selawat. sambil2 menunggu bas, sambil2 berjalan menuju kelas, sambil2 memandu kereta mudahnya lidah kita untuk menuturkan zikir brbalik sama ada kita nak atau tidak.. mungkin lebih sedikit bila kita sudah mampu untuk bangun malam.. bangun malam untuk mengadu dan merintih dengan pencipta kita bukan sekadar menarik selimut dan meneruskan dengan mimpi2 mainan.. Puasa pun boleh jadi satu method terbaik untuk memperbaiki diri. puasa mampu mendidik nafsu. semua ini berbalik kepada diri sendiri, sama ada mahu atau tidak mahu.

saya pasti akan diuji.. itu sudah pasti tapi apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah saya mampu mengawal emosi saya..  kini saya sudah mampu tersenyum kerana penawar2nya adaa di depan mata.. mahu atau tidak mahu berbalik kepada diri sendiri...

p/s: saya=kamu=kita semua

Iman Villa
9.26 am
6/4/2011 = birthday Hajar Ghazali ~ "Happy Bday Hajar"