Saturday, February 19, 2011

Apa perasaan anda?

Apa perasaan anda sekiranya selalu kena marah dengan orang?
apa perasaan anda sekiranya orang kata anda talam dua muka?
apa perasaan anda sekiranya ada pihak sengaja melaga2 kan anda?
apa perasaan anda sekiranya berhadapan dengan orang yang suka provok dengan cara menjatuhkan semangat anda?
apa perasaan anda kalau orang mengambil kesempatan atas kebaikkan anda?
apa perasaan anda kalau orang buat jahat dengan anda?
apa perasaan anda jika orang sekeliling tidak menunaikan solat?
apa perasaan anda melihat orang tua melintas jalan?
apa perasaan anda jika anda sendiri membuat perkara2 di atas?

kita selalu duk sibuk dengan perasaan kita hingga kadang2 tak hormat perasaan orang lain.. Manusia memang tidak akan sempurna.. Tak perlula asyik mencari kesalahan orang hingga tak nampak kesalahan diri sendiri. Bersikap terbuka dalam menerima kritikan orang supaya kita boleh memperbaiki diri..dan ingatlah orang yang tak mampu menerima kritikan orang lain adalah orang yang ego. dan golongan inilah yang sukar untuk memperbaiki diri.. ada orang akan kritik melalui kata2, ada yang akan kritik melalui orang lain, ada yang melalui penulisan.. terima sahaja kritikan orang lain, cuba perbaiki utk jadi yang terbaik... dan saya sendiri tidak pernah terlepas dari melakukan perkara2 ini.. moga Allah ampunkan kita semua


Pantai Permai
19/2/2011
1.50 a.m

Thursday, February 3, 2011

Dunia Masa KINI

alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberi ruang dan kesempatan menulis.. Hampir sebulan tidak menulis gara2 dihambat tugasan yang makin menimbun.. cuba untuk diselesaikn satu persatu..
kita skip dulu sambungan post yang lepas utk memberi laluan dengan cerita baru yang lebih hangat..


Rasanya semua sedia maklum dengan keadaan politik semasa di Mesir. Tunjuk perasaan besar-besaran diadakan oleh rakyat untuk menuntut presiden mesir, hosni mubarak meletak jawatan. Keberanian rakyat mengadakan tunjuk perasaan ini pun hadir setelah melihat rakyat di Turnisia berjaya menumbangkan presiden mereka, Presiden Zine al Abidin Ben Ali yang dikatakan memerintah secara tidak adil.. Banyak negara di bahagian asia barat turut mengikut jejak langkah rakyat turnisia termasuklah yaman dan jordan.. yaman adalah negara kedua yang berjaya menundukkan pemimpin mereka yang tidak mampu membawa perubahan dalam pimpinannya melalui demostrasi..


Demonstrasi ibarat satu fenomena yang melanda negara2 arab masa kini. mana tidaknya, setiap kali pilihanraya masih dimonopoli oleh pemimpin2 yang sama. berpuluh tahun telah memimpin namun taraf kemiskinan menjadi semakin rendah. kadar penduduk yang miskin bertambah-tambah hingga graduan yang menjadi penganggur bersepah di tepi jalan. korupsi berleluasa, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa hingga ada yang sanggup membunuh diri (nauzubillah). Dan inilah realiti yang pastinya membuka mata banyak pihak.Seharusnya kita sama2 mengambil iktibar agar perkara ini tidak berlaku di negara kita.. kerajaan juga harus sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa yang sangat besar. Jangan cari pasal dengan rakyat kerana sekali rakyat sedar dan bangun menuntut keadilan dengan berdemonstrasi, akan lumpuhlah ekonomi negara seperti yang berlaku di mesir. Moga rentetan peristiwa yang berlaku di turnisia, mesir, jordan dan yaman menyedarkan semua yang masih leka dan alpa dibuai dengan kesenangan dan keseronokkan terhadap rakyat yang tertindas..


Satu perkara yang kita duk asyik bimbang ialah keselamatan warga malaysia di sana. Mana taknya mungkin ada kenalan rapat atau saudara mara yang berada di sana. Saya tak nafikan, peristiwa ini membuatkan kami sekeluarga di rumah menanti perkembangan2 terbaru mengenai situasi di sana. setiap kali berita akan tercongok depan kaca tv dek bimbang akan keselamatan adik dan ingin tahu apa tindakan kerajaan malaysia terhadap isu ini.. Kalau nak dibilang memang berpuluh2 orang kenalan dan ahli keluarga yang  sedang menuntut disana sama ada dalam jurusan perubatan dan agama yang telah terputus hubungan.


tiba2 hari ini ramai pulak yang menelefon bertanya kepda situasi adik yang sedang menuntut di sana.. nak explen pun sikit2 je lah sebab info yang dapat daripada dia pun tak seberapa.. Bertuah badan mereka yang berada di sana dapat kutip pengalaman berhdapan dengan situasi genting ini.. kerajaan juga telah mengambil langkah utk memindahkan warga malaysia yang berada dimesir ke jeddah sebelum dihantar pulang ke malaysia.. sebenarnya ada baik dan buruknya perpindahan ini. baiknya, keselamatan warga malaysia masih dipandang oleh kerajaan.. kos perjalanan utk memindahkan dan membawa balik warga malaysia dari sana maunya berjuta2.. lbih baik digunakan untuk misi ini daripada duk buat kelab malam (rancangan transformasi ekonomi-ETP) kat malaysia. dan semestinya ini khabar gembira buat yang dah lama tak balik malaysia, tak payah bazir duit utk beli tiket flight.. yang buruknya terutama buat pelajar2 yg tak habis belajar lagi, konflik ini bakal mengganggu jadual pembelajaran mereka di sana. yang dah tahun akhir, alamat tak merasalah nak tamat pengajian tahun ini. dan yang perlu difikirkan, mana nak cari duit beli tiket kapal terbang yang beribu2 ringgit utk balik ke sana bila dah tamat konflik sebab yang ini takkan ditaja melainkan yang memang dapat tajaan..


kenyataan akhbar menteri pengajian tinggi : Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana.  


  • Cairo University - 3 bulan
  • Universiti Al-Azhar - 1 tahun
  • Ain Shams University - 6 bulan.
kesian la kat adik2 yang menuntut kat azhar.. tahun depan baru dapat sambung belajar dan salah seorang itu adalah adik saya.

Apapun banyak ibrah (pgjaran) yang boleh diambil dari peristiwa ini. Ini adalah salah satu dari tanda  bahawa dunia berada dipenghujung zaman. bayak perkara yang batil sedang berleluasa di bumi ini dan satu persatu kebenaran mulai melenyapkan yang batil. ingatlah janji Allah pasti benar. Sedarlah wahai diri, kita masih diberi kelapangan dan peluang untuk beramal. jangan sia2kan masa yang ada kerana mungkin esok kita pula diuji seperti mereka. Bumi kinanah ini (mesir) akan sentiasa subur dengan jiwa2 yang dahagakan kebenaran dan berusaha melenyapkan kebatilan. Jika kita lari dari menegakkan kebenaran, Allah akan gantikan kita dengan orang yang lebih layak.. Sama2 kita doakan moga lahir para syuhada untuk pertahankan bumi anbiya' dan kita adalah salah seorang daripada mereka.. Lupakanlah segala sogokan hiburan yang dihidangkan kepada kita, bukalah sejarah lalu agar kegemilangan sistem khilafah yang menyatukan semua negara islam bakal tertegak INSYAALLAH..

2:11 am
3/2/2011
Port Klang


Tambahan: kemungkinan uni alazhar akan dibuka 12 feb ini,dan kelas akan berjalan mcm biasa...makluman cuti setahun nie x dpt dipastikan...ini kenyataan dr syeikh al azhar sendiri.. maklumat yang diperolehi mungkin tak berapa tepat - from my brother

Thursday, January 6, 2011

jOUrnal of LangKawi Trip pt1

post ni saje nak buat orang cemburu, mungkin bagi mereka yang nak ikut tapi tak dapat disarankan agar tidak membaca post ini...
Alhamdulillah, diberi kesempatan mengupdate blog. Ikut pada masa, insyaAllah semester ini akan sibuk berbanding semester sebelum.

Mungkin sedikit perkongsian ke langkawi baru2 ini. Kita tengok gambar je la ye. terlalu excited, tunggu di lcct 5 jam sebelum penerbangan. maklumlah, takut ketinggalan flight

 ketibaan di lcct, lebih kurang jam 5.30 petang


 tempat pertemuan warga space lab UM

 check in sendiri

 muka excited tak sabar nak sampai langkawi




 gaya bengang sebab flight delay. kena tunggu lebih sejam dalam balai perlepasan. ikut jadual depart on 9.15, delay to 10.40 pm

 curi2 ambil gambar


alhamdulillah, sampai juga akhirnya.. almost 12.00 am

 1st day di langkawi, ambil gambar tepi dome stellar observatory

 pemandangan belakang sangat cantik.. 

 gaya confident celup tangan dalam gamat panas

 gaya takut nak celup tangan dalam gamat panas

 kedai jual gamat dan ubatan berasakan gamat.. waktu ni cuci mata je sebab tak masuk dalam bajet

 cuba teka agak2 apa benda nih?

ni la gambar teleskop yang telah di park.
kat atas tu gambar teleskop yang tengah tracking stars.


ok, thats all for today. i'll put more picture on da next post. ni baru intro, hehe jangan cemburu

Surau Fc Sains
6/1/2011
7:32 pm

Wednesday, December 29, 2010

Langkawi National Observatory

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah.. hmm, sekarang tengah berkampung di langkawi semata-mata untuk ambil data tuk final year projek. Memang dapat belajar banyak benda terutamanya berkaitan teknik spektoskopi untuk dapatkan spektrum bintang.

Hampir 4 malam membuat cerapan di langkawi, masih belum membuahkan hasil.. dua malam pertama, kegagalan alat untuk berfungsi dengan baik mengganggu cerapan. apalah nasib guna spektrograf di sini, baik lagi alat di UM... takpe2.. sabar itu separuh daripada iman. teleskop pointing pun lari, ishk2 macam mana lah staf2 ni jaga teleskop n balai cerap kat sini...Ada orang sudah terasa hati dengan statement ni... (ayat provokasi supaya prestasi dapat ditingkatkan)

malam ketiga penuh kontroversi.. bila bincang balik dengan prof, ktorang pun decide nak tukar frame utk panjang gelombang yang nak digunakan.. di tambah lagi ada insan yang telah mencampur adukkan calibration lamp, satu malam tu buat kerja yang agak merugikan.. gara2 kesalahan orang lain, kami tak dapat buat cerapan sebab nak kenal pasti jenis calibration lamp yang bertukar label.. rugi2. lain kali, buat kerja kena sistematik sikit supaya tak menyusahkan orang lain..

malam ni malam keempat.. petang tadi hujan, agak lebat juga..  berbunga2 hati kami nak buat cerapan sebab bila hujan, biasanya langit akan cerah sebelah malamnya.. tunggu punya tunggu tak cerah2 juga.. opss, cerah tu maksudnya tak banyak awan kat langit.. hajat nak mula alihkan teleskop ke bintang pada pukul satu pagi tiba2 gerimis pula.. memang tak dapat nak buat cerapan la gamaknya walaupun semuanya dah siap.. hari ini paling awal masuk balai cerap, sebelum asar lagi sebab nak buat persediaan.. maklumlah sebelum ni tergendala akibat kegagalan alat..tapi ada hikmah disebaliknya sebab malam ni boleh balik tidur awal..

bayangkan, sejak datang ke langkawi ni jadi macam burung hantu.. lepas subuh baru boleh tidur sebab biasanya pkul 4.30 pagi baru selesai..kemas alatan+berbincang utk tindakan esok, alih2 kul 5 baru sampai bilik. alang2 tu tunggu subuh terus la.. lepas subuh memang tak boleh nak gerak dah...

ok la.. kita sambung cerita kat langkawi ni nanti.. post akan datang disertakan sekali dengan gambar2 yang bakal mencemburukan anda semua

Langkawi
29/12/2010
1:17 am

Wednesday, December 22, 2010

..: iTulaH aKu :..

Alhamdulillah, dapat juga jejak rumah.. Kesibukkan mengalahkan menteri wktu cuti semester ni. sempat juga blogwalking pagi2. Terjumpa blog kawan2 yang study oversea. Subhanallah, maha suci Allah. Kawan yang aku kenal semasa di sekolah sangat2 berbeza. kalau dulu nampak pendiam sekarang ni telah berubah.. menjadi seorang pemikir dan daie yang berkemampuan tinggi. Sungguh hidayah tu milik Allah. namun, kita tidak akan tahu bagaimana pengakhiran kita nanti.

manusia memang banyak jenis.. ada yang banyak ilmu dan pengetahuan tapi tak nak guna.. ada yang berusaha utuk mendapatkan ilmu untuk digunakan dn ada yang dah tahu tak banyak ilmu tapi taknak cari.. agak2 kita ni di golongan yang mana? Sungguh, aku bukannya pandai. Banyak lagi yang perlu aku pelajari.. teringat kata2 seorang sahabat semasa di matriks dulu "kita n sebenarnya lemah tapi Allah kuatkan kita utk berhadapan dengan manusia.. ni kena banyak minta pada Allah supaya mampu untuk berhdapan dengan manusia"... Kata2 sahabat lain pula "pemimpin yang ego adalah pemimpin yang tidak mahu mendengar pendapat dn nsihat orang di bawah pimpinannya".. eventhough kita adalah seorang daie, penyambung mata rantai untuk meneruskan agama Allah kita kena sentiasa menjaga hati. Hati manusia ni sentiasa berbolak balik. Kalau Allah terbalikkan 180 darjah automatik akan bertukar sifat.. mudh2an sentiasa berada dalam iman yang menaik..

Sabda Rasulullah: aku tinggalkan dua perkara. jika kamu berpegang padanya,tidak akan sesat selamanya... itulah Al-quran dan Hadis.. Apa2 pun kembali lah kita kepada al-quran dan hadis..

apa hak kita untuk menyatakan kita ni beriman tetpi belum diuji..apa hak kita untuk mengatakan kita ni berkerja keras untuk membawa islam tetapi tidak ikhlas. apa hak kita untuk bersuka ria di bumi Allah sedangkan kita tahu yang hak dan batil itu masih bercampur baur. apa hak kita untuk menyatakan kita sudah penat, asyik2 kita yang kena kerja sedangkan apa yang kita buat itu tidak bersungguh. mana mungkin mendatangkan hasil yang baik.. dan mana mungkin kita berehat untuk kesenangan diri sedangkan umat manusia masih dalam kegelapan..

belajarlah dari sejarah agar sejarah kegelapan tidak berulang kembali..
aku tujukan post ini khusus buat diriku utk dikongsi bersama semua.

port klang
22/12/2010
11:00 am

Sunday, December 19, 2010

Observation of star

16 Disember harituh, kali kedua dapat buat cerapan bintang kat balai cerap UM.. Mula-mula masyuk sangat sebab langit sangat cantik..dapat tengok orion star, huh subhanallah.. dari lab ke balai cerap dah dekat pukul 10.45 malam.. Bintang pleiades transit lebih kurang pukul 11.30, so ada masa nak setup alat.

tapi tiba2 awan berarak muncul.. argh, awan berkepul2 telah menutup bintang2 di langit. sebab masing2 dah lapar, pukul 1.00 pagi baru dapat makan malam. itulah hikmah awan berkepul.. dalam sejam lepas tu awan berkurang perlahan2.. muncul kembali bintang2 di langit tapi tak lama sebab awan datang balik.. huh, tensi2 sebab cerapan tak dapat dilakukan dengan baik. Macam mana nih, nex week kena pergi langkawi ambil data kat sana pulak tapi kat sini tak dapat ambil data lagi.. But i learn something thats more important. Cara membuat cerapan dengan step yang tersusun. Thank You very much to en hafiz as our guider merangkap RA n master student dekat space lab..

 1st thing kena sapu balai cerap dulu. Tahi cicak penuh dalam tu

 looking for da stars

 again for stars

 mengamati keindahan langit 

 tekun pasang ccd kat spectrograph

 apa yang penting kerjasama

 klimaks tiba bila awan dah datang. prepared for our dinner on 1.00 am

tiga ketul bahulu pun disantap licin + oligo coco

Dan inilah tanda2 kekuasaan Allah.. Sesungguhnya tiada satupun makhluk yang mampu menandingi kekuasanNYA....

sape yang berminat dengan bidang angkasa khusus cerapan bintang kena tahan tak tidur malam. kalau kul 1.00 dah ngantuk, alamat tak jadilah mencerap.

Iman Villa
19/12/2010
3:57 pm

Tuesday, December 14, 2010

Cuti dan Aktiviti, yeah!!

Alhamdulillah wa tsummalhamdulillah.. sudah selamat menempuh final exam untuk semester ini.. Indahnya ukhuwwah, walaupun baru beberapa hari meninggalkan iman villa, aku sudah mula merindui sahabat2 housemateku. jarak yang jauh itu membawa mereka dekat dengan hatiku. kutitip untaian doa buat kalian dan mungkin inilah pertemuan dan perpisahan kerana Allah. Warga iman villa merangkan my usrahmate, lets have a rehlah after semester break. jom kita prepare leklok ye.

After exam haritu berpeluang pergi mukhayyam bersama Wanita IKRAM PJ, huh kental makcik2 ni.walaupun umur jauh bebeza dengan aku, semangat bermukhayyam macam orang muda. Dpatlah berta'aruf dengan makcik2 ni lebih dekat dan yang paling bes berkongsi dengan pengalaman dakwah mereka.

Berkumpul di masjid uiapj dengan pembahagian kumpulan sebelum bergerak ke Janda Baik merupakan permulaan yang baik. i'm da youngest participant in my group dan pada mulanya agak kekok nak berbual. Usai bertolak dari masjid uiapj, kami bergerak masuk ke highway berdasarkan peta dan tugasan yang telah dibekalkan. Dek tertalu asyik berbual dan berta'aruf, akhirnya sampai ke gombak melalui lebuhraya DUKE. ouch, dah tersasar dari laluan sepatutnya. Jadi pusing balik ke batu caves memandangkan ada tugasan untuk tresure hunt yang sudah terlepas.. akhirnya kami jadi group yang terakhir sampai ke janda baik. Tak kisah awal atau akhir sebab yang penting puas dengan perjalanan kami.

Rasanya tiap2 tahun balik kampung di kelantan melalui jalan yang sama tapi tak pernah singgah di janda baik. Akhirnya jejak juga di janda baik. yang besnya tempat tu subhanallah, sungguh2 cantik. jauh dari hiruk pikuk bandar yang sibuk. bunyi cengkerik dan burung2 bersahutan memuji Allah. Antara aktiviti yang paling menarik ketika mukhayyam ialah junggle trekking. Suka dengan semangat makcik2 ni mendaki bukit. Ada yang bawa anak kecil naik atas, ada yang dah berumur tapi semangat memang tak boleh lawan. Sampai tempat air terjun ibarat disuntik tenaga. sangat2 seronok dan gembira dan pengalamannya sudah tentu berbeza dengan mukhayyam bersama pelajar ipt..

On da way turun dari atas, dua kali aku tergelincir. Alhamdulillah, masih selamat dan tiada kecederaan. Teringat masa lepas bermain air terjun, on da way nak turun kebawah,ada seorang akhawat tergelincir di tepi tebing.. Mujur Allah masih memberi peluang, tidak tergolek ke bawah dan mujurnya Allah takdirkan ketika itu akahwat lain yang dokongkan anaknya.

Sepanjang disana, ada tiga slot yang berbentuk pengisian. Pertama dari Makcik Hajar berkaitan kalimah "la ilah illallah", tuntutan terhadap mereka yang membuat penyaksiaan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkongsian dari pengalaman beliau, rata2 pelajar yang menuntut di sekolah tidak mampu bersyahadah. hmm,berat tanggungjawab daie nih. Apa tuntutannya ye? antranya ialah memohon dan berharap hanya pada Allah. Wahai pembaca sekalian, akan datangnya suatu waktu yang kita akan diuji. dan waktu itu kita boleh lihat sama ada betulkah kita ini benar2 bergantung kepada Allah atau menyalahkan taqdir yang Allah tetapkan kepada kita. muhasabah balik.

Slot kedua berkaitan dakwah dan tarbiyyah disampaikan oleh anak makcik Aziah (maaf, x ingat nama apa). Apa yang menarik ialah dakwah dan tarbiyyah ibarat business process. ada input dan ada output. dalam input menuju ke output ada beberapa proses. Kenapa dakwah dan tarbiyah perlu seiring? semua ini berbalik kepadaproses input dan output.. Namun dakwah ibarat air yang mengalir, tarbiyah ibarat punca air yang mengalir.. kalau tiada sumber air, masakan boleh mengalir. Kalau air tak mengalir, mesti akhirnya akan berubah sifat menjadi payau, tercemar, rosak dan akhirnya tidak boleh digunakan. Mahukah kita menjadi air yang rosak itu?

Slot ketiga disampaikan oleh kak fauziah tapi ana lupa tajuk apa. hehe, yang penting input yang nak disampaikan. ada satu part betul2 buat ana tersedak. Apakah kita melakukan sesuatu perkara betul2 kerana untuk mendapat keredaan Allah? atau sekadar tuntutan sebab orang lain buat, atau atas arahan jamaah? benda ini memang bergantung kepada individu tetapi niat harus diperbetulkan supaya segala yang kita lakukan kerana ingin mendapatkn reda Allah semata2. slot ketiga ni berlansung selepas membaca ma'thurat, betul2 lepas subuh. dari gelap sehingga matahari terbit, dari irama cengkerik bersahutan hingga bunyi unggas bergantian, dari bintang yang bertaburan hingga menjelma awan dek kecerahan mentari, semuanya milik Allah.. Sangat indah.

kuimpikan mukhayyam bersama makcik2 ni lagi agar bisa mengutip mutiara2 sebagai bekalan dan panduan menyelusuri jalan dakwah. Dua perkara yang nabi tinggalkan, jika kita ikut tidak akan sesat selamanya ialah Al-quran dan assunnah. Terima kasih buat kak mazilah yang menjadi pemanduku ke puncak janda baik dan makcik chom bersama anaknya yang sudi menghantar kami ke teratak iman villa. Tamat sudah kisah mukhayyam yang menjadi hadiah berharga selepas stress jawab periksa (stress ke?).

Banyak lagi tanggungjawab menanti. MKS, PKN, SKIPJ, membantu adik2 menguruskan pendaftaran kelab, all those thing i must settle up before going to langkawi. Moga Allah membantu..

To my lab project partner, let prepared before going to langkawi. Banyak yang kita kena prepare kalau tak nak kena perli. Any way, i need to finish up reading the thesis by last year student project (rasa dah habis baca tapi stil x lekat dalam kepala lagi), doing the research about pleiades cluster and "Be" star, repairing my introduction.. argh, banyak nye..

Apapun, cuti ni memang macam tak cuti. So takde istilah membuang masa dengan benda2 tak berfaedah utk cuti sem kali ni.. But i need and i hope i can visit my grandmother at kelantan before starting the new semester but can i? regarding to my planning, i dont have time. owh, ya Allah permudahkan urusan hambamu.

jaga diri, jaga iman, jaga hati dengan tingkatkan tarbiyyah dzatiyah. azam tahun baru, insyaAllah.

p/s: kak sarah, i need gambar2 yang akak tangkap kat janda baik esp kat waterfall tuh..

portklang
14/12/2010
11:59 am